Assalamualaikum. Salam Sejahtera.
Entry permulaan blog ini dimulakan dengan lafaz Bismillah.
Bulan Disember merupakan bulan promosi bagi Vitamin C dan Vitamin E
Apakah VITAMIN?
Vitamin adalah bahan-bahan organik yang boleh didapati dalam makanan, dan ia membantu mengawal reaksi biokimia dalam badan kita. Setakat ini, ahli sains telah menjumpai 13 jenis bahan organik ini, di mana setiap satunya mempunyai fungsi tersendiri dan dinamakan mengikut abjad. Apabila struktur kimianya telah dikenalpasti, vitamin-vitamin ini kemudian diberi nama seperti Vitamin A – retinal dan Vitamin C – asid askorbik.
Vitamin-vitamin ini dibahagikan kepada dua kumpulan. Kumpulan yang pertama adalah vitamin yang larut dalam air seperti Vitamin B dan C. Vitamin-vitamin ini larut dalam air dan dikeluarkan daripada badan melalui air kencing. Oleh itu, vitamin ini perlu diambil setiap hari. Kumpulan yang kedua adalah vitamin-vitamin yang larut dalam lemak seperti Vitamin A, D, E dan K. Vitamin-vitamin ini larut dalam lemak dan oleh itu ia boleh disimpan dalam badan bagi jangka masa yang panjang. Kekurangan vitamin dalam badan boleh menyebabkan masalah kesihatan dan penyakit yang serius.
Untuk mengekalkan kesihatan tubuh badan, kita haruslah mengekalkan pemakanan yang sihat dan seimbang dengan memakan pelbagai jenis makanan berkhasiat yang dapat membekalkan badan kita dengan cukup vitamin dan mineral yang diperlukan oleh badan. Vitamin tambahan tidak harus dijadikan pengganti bagi makanan berkhasiat seperti buah-buahan dan sayur-sayuran. Walau bagaimanapun, mungkin ada di antara kita yang melalui waktu yang sukar dan tertekan dalam hidup mereka atau mungkin menghadapi masalah kekurang vitamin dan memerlukan sedikit bantuan untuk mendapatkan jumlah vitamin yang mencukupi. Dalam hal ini, pemakanan tambahan adalah digalakkan. Pengambilan vitamin yang berlebihan juga boleh mengakibatkan keracunan. Oleh itu, silalah minta nasihat doktor jika anda tidak pasti sama ada anda mengalami kekurangan vitamin atau tidak.
Apakah Vitamin C?
Vitamin C adalah vitamin larut air yang diperlukan untuk pertumbuhan dan perkembangan tubuh badan yang normal. Mengambil Vitamin C berlebihan tidak mendatangkan masalah kerana ia meninggalkan tubuh badan melalui air kencing. Disebabkan ianya mudah larut air, maka badan sentiasa memerlukannya.
Apakah Sumber Vitamin C?
Oleh kerana badan kita tidak boleh menghasilkan vitamin C , ia mestilah diperolehi melalui makanan atau dalam bentuk tambahan. Agak malang, kebanyakkan vitamin C yang diperolehi daripada makanan hilang dalam air kencing. Vitamin C diperolehi daripada buah beri, buah-buahan sitrus, dan sayuran hijau. Sumber yang baik termasuk asparagus, avocado, black currants, kobis bunga, anggur, kubis, lemon, mempelam, biji sawi hijau, bawang, oreng, betik, kacang peas hijau, nenas, bayam, strawberri, tomato, dan selada air.
Apakah Fungsi Vitamin C?
Vitamin C ialah antioksidan yang diperlukan oleh sekurang-kurangnya 300 fungsi metabolik dalam badan, termasuklah pertumbuhan dan penggantian tisu, fungsi kilang adrenal, dan untuk gusi yang sihat. Ia menolong dalam pengeluaran hormon anti-stress dan interferon, sejenis protin sistem imuniti yang penting , dan diperlukan juga untuk metabolisma folik asid , tairosin, dan phenylalanine. Kajian menunjukkan bahawa dengan mengambil vitamin C boleh mengurangkan gejala penyakit asma. Ia mencegah daripada kesan merbahaya pencemaran , menolong mencegah kanser, memelihara daripada jangkitan, dan meningkatkan imuniti. Vitamin C meningkatkan penyerapan zat besi. Ia boleh bercantum dengan bahan toksik seperti sesetengah logam berat, dan menjadikan mereka tidak merbahaya, oleh yang demekian bahan tersebut boleh dinyahkan daripada badan. Sedangkan racun labah hitam yang bisa boleh ditawarkan dengan memberi vitamin C dalam dos yang tinggi. Vitamin ini juga boleh mengurangkan paras "low-density lipoproteins" (LDL) atau kolestrol yang tidak baik , dan pada masa yang sama meningkatkan " high-density lipoproteins " (HDL) atau kolestrol yang baik , juga menurunkan tekanan darah tinggi dan membantu mencegah " atherosclerosis" . Ia juga sebagai keperluan dalam pembentukan collagen, vitamin C mencegah daripada pembekuan darah yang tidak normal dan lebam , boleh mengurangkan risiko katarak (cataracts), dan mencepatkan penyembuhan luka dan terbakar.
Kesan Kekurangan Vitamin C?
Kekurangan vitamin C boleh menyebabkan :
Lemah badan.
Sakit-sakit dan sengal badan.
Bengkak gusi.
Hidung berdarah.
Scurvy ( pendarahan pada badan, lebam-lebam, dan gusi berdarah; gigi mudah tercabut; pendarahan ke dalam otot dan sendi, yang menyebabkan kesakitan).
Anemia
|
Jadi, kenapa mesti anda menanggung risiko untuk kesan kekurangan Vitamin C?
Hubungi kami sekarang untuk mendapatkan Vitamin C anda dengan harga yang dijanjikan terbaik untuk anda!
Untuk memudahkan urusan, anda boleh hubungi pihak kami seperti berikut :-
SHA
0172586462
FARIZ
0173841546
FARIZ
0173841546
"Sama-sama Kita Mengamalkan Kehidupan Yang Lebih Sihat"
